Sunday, February 5, 2012

Sayangnya Rasulullah S.A.W Kepada Kita

Assalalumualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Mahu aku kongsikan artikel ini kepada yang lain yang mana mungkin sudah lupa tentang kisah ini. Kisah yang sangat sedih. Sehingga aku pun menitiskan air mata membaca satu persatu. Kisah saat-saat terakhir Rasulullah S.A.W. Bacalah. Bacalah. Bacalah. Semoga kalian pun mampu merasai apa yang aku rasa.

(Sumber gambar: Google)

Artikel ini disalin tampal dari sini.

Diriwayatkan bahawa surah Al-Maaidah ayat 3 diturunkan sesudah waktu Asar iaitu pada hari Jumaat di Padang Arafah pada musim haji penghabisan (Wada’)

Pada masa itu Rasulullah S.A.W. berada di Padang Arafah di atas unta. Ketika ayat ini diturunkan Rasulullah tidak begitu jelas penerimaan nya, untuk mengingati isi dan makna yang terkandung di dalam ayat tersebut, Baginda bersandar pada unta beliau sambil unta tersebut duduk perlahan-lahan.

Setelah itu turun malaikat Jibrail A.S dan berkata:”Wahai Muhammad, sesungguhnya pada hari ini telah aku sempurnakan urusan agamamu, maka terputuslah apa yang diperintahkan oleh Allah S.W.T. dan demikian juga apa yang terlarang olehNya. Oleh itu kamu kumpulkan para sahabatmu dan beritahu mereka bahawa hari ini adalah hari terakhir aku bertemu dengan kamu.”

Sebaik sahaja malaikat Jibrail A.S pergi maka Rasulullah S.A.W pun berangkat ke Mekah dan terus ke Madinah.

Setelah Rasulullah S.A.W mengumpulkan para sahabat beliau, maka Rasulullah pun menceritakan apa yang telah di beritahu oleh malaikat Jibrail A.S. Apabila para sahabat mendengar hal demikian maka mereka pun gembira sambil berkata:”Agama kita telah sempurna! agama kita telah sempurna!”

Apabila Abu Bakar mendengar keterangan Rasulullah S.A.W. itu, dia tidak dapat menahan kesedihannya maka dia pun kembali ke rumah lalu mengunci pintu dan menangis. Abu Bakar menangis dari pagi hingga ke malam.

Kisah tentang Abu Bakar r.a menangis telah sampai kepada sahabat yang lain, maka berkumpullah para sahabat di hadapan rumah Abu Bakar r.a dan mereka berkata:”Wahai Abu Bakar, apakah yang telah membuat kamu menangis sehingga sebegini sekali keadaan mu? Sepatutnya kamu berasa gembira sebab agama kita telah sempurna.”

Mendengar pertanyaan dari para sahabat maka Abu Bakar r.a pun berkata:” Wahai para sahabatku, kamu semua tidak tahu tentang musibah yang menimpa kamu, tidakkah kamu tahu bahawa apabila sesuatu perkara itu telah sempurna maka akan kelihatan lah kekurangannya. Dengan turunnya ayat tersebut bahawa ianya menunjukkan perpisahan kita dengan Rasulullah S.A.W. Hasan dan Husin menjadi yatim dan para isteri Nabi menjadi janda.”

Sifat-sifat Rasulullah | Junjungan Mulia | Selawat Nabi

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Hari ini bertarikh 5 Januari 2012 bersamaan 12 Rabiul Awal tahun 1433 Hijrah. Seperti yang kita tahu, tanggal 12 Rabiul Awal merupakan hari keputeraan baginda Nabi Muhammad s.a.w. Hari ini juga dikenali sebagai Maulidur Rasul (bahasa Arab) yang bermaksud kelahiran Rasul. Baginda Rasulullah s.a.w merupakan Nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah s.w.t.

Sambutan Maulidur Rasul diadakan pada setiap tahun untuk memperingati sejarah kelahiran Rasulullah s.a.w dan sebagai tanda kita menyayangi Rasulullah s.a.w. Namun, bukanlah dengan mengadakan perarakan semata-mata. Sebaliknya, kita digalakkan menghayati semula perjuangan Rasulullah s.a.w dan mencontohi ketabahan baginda dan para sahabat yang bermati-matian menegakkan syiar Islam pada suatu masa dahulu.

Selain itu, kita perlu menghayati semula peribadi Rasulullah s.a.w yang mulia dan jadikan ia sebagai amalan kerana Rasulullah s.a.w adalah contoh yang terbaik untuk seluruh umat manusia.


Antara sifat-sifat mulia Rasulullah s.a.w ialah:
  1. Baik hati;
  2. Jujur;
  3. Pemalu;
  4. Lemah lembut;
  5. Rendah hati;
  6. Tidak pernah memberatkan orang lain;
  7. Sangat sederhana;
  8. Tidak pernah membalas kejahatan dengan kejahatan;
  9. Suka memaafkan dan merelakan;
  10. Penuh kasih sayang 
  11. Selalu memberi petunjuk;
  12. Selalu tersenyum;
(sumber: cara-muhammad.com)


Ini pula lirik lagu Junjungan Mulia nyanyian kumpulan Al Mizan yang begitu sinonim dengan sambutan Maulidur Rasul sejak aku kecil lagi.



Tercipta satu lembaran sejarah
Di tanah suci Kota Mekah 
Hari yang mulia penuh syahadah 
Bermulalah sebuah kisah

Malam isnin subuh yang indah 
Dua belas rabiul'awal yang cerah 
Dua puluh april tahun gajah 
Lahirlah zuriat dan syahadah

Abdullah nama bapanya 
Siti Aminah ibunya 
Riang gembira menyambutnya 
Lahirnya putra yang utama

Muhammad nama diberi 
Gelaran yang terpuji 
Nikmat Illahi sama disyukuri 
Terima putra yang berbakti

Keadaan yatim anak mulia 
Lahirnya bawa cahaya 
Alam derita jadi gembira 
Terima junjungan mulia

(Sumber: lyrics.my)



Oleh itu, marilah kita memperbanyakkan selawat ke atas Rasululah s.a.w sempena hari yang mulia ini.

(Sumber gambar: google)


Salam Maulidur Rasul.

Sunday, January 29, 2012

[Review] Novel Contengan Jalanan



Watak utama:
  • Fend (Affendy) – Pelajar jurusan fotografi dan freelance photographer. Gitaris dan vokalis Creepy Hues. Suka melukis.
  • K2 (Ku Kamaruzzaman) – Pelajar Creative Studies di Universiti Limkokwing. Drummer Creepy Hues. Sangat meminati muzik dan suka belajar pelbagai jenis alat muzik.


Ahli band Creepy Hues yang lain:
  • Pa’an – Juga pelajar Creative Studies di Universiti Limkokwing seperti K2.
  • Erdi – Pelajar Graphic Design & Illustration di One Academy.
  • Azad – Pelajar jurusan architecture.


Watak sokongan:
  • Chad (Irsyad) – Sepupu Fend dan sedang menyambung pelajaran di Austin,Texas kerana dihantar oleh syarikat tempat dia bekerja.
  • Aidid – Sepupu Fend yang lebih tua daripada Fend dan Chad. Bakal melangsungkan perkahwinan.
  • Lia (Amalia) – Seorang gadis yang ditemui Fend secara kebetulan.
  • Yani (Ahmad Yani) – Kawan K2 dan pemilik Kafe Garpu dan Camca. Juga meminati muzik.
  • Dan ramai lagi watak tambahan yang lain.




Review Novel Contengan Jalanan karya Hlovate.

1 novel, 2 kisah yang berkait.

Jika dilihat pada kulit novel ini, terdapat dua bahagian yang di cetak secara terbalik. Bahagian pertama memfokuskan tentang perjalanan hidup Fend, manakala bahagian kedua menfokuskan perjalanan hidup K2 (disebut K-Square). 

Secara ringkasnya, Fend dan K2 merupakan sahabat baik sejak kecil lagi. Mereka sekampung dan membesar bersama-sama. Turut sama dalam persahabatan mereka ialah Chad dan Aidid. Chad dan Aidid merupakan sepupu Fend. Persahabatan Fend dan K2 berterusan apabila mereka juga bersekolah asrama yang sama. Di situ mereka bersahabat pula dengan Erdi, Azad dan Pa’an. Persahabatan mereka semakin akrab kerana mereka berkongsi minat yang sama iaitu muzik. Maka, tertubuhlah sebuah band yang dinamakan Creepy Hues. Persahabatan mereka masih kekal sehingga kini walaupun masing-masing sedang menuntut di universiti dalam jurusan yang berbeza. Mereka kerap lepak dan jamming bersama. Selain itu, K2 juga mempunyai seorang lagi sahabat iaitu Ahmad Yani yang dikenalinya di sebuah kedai buku, Rune’s Regatta yang terletak bersebelahan dengan kafe milik Ahmad Yani iaitu Garpu dan Camca. Pelbagai pengalaman menarik yang dialami oleh mereka dan diceritakan dari kaca mata Fend dan K2.

Pada pendapat aku, novel ini memang menarik dan mempunyai mesej yang mendalam. Ini kali pertama aku membaca novel yang disampaikan dengan cara begini. Diceritakan dari sisi dua watak yang berbeza dan perjalanan hidup yang berbeza tetapi berkait antara satu sama lain. Walaupun jalan cerita banyak berkisar tentang muzik dan kehidupan remaja ke arah dewasa, tetapi ada juga unsur dakwah islamik yang disampaikan secara santai sesuai dengan tagline novel ini, 'contengan pengalaman perjalanan cari Tuhan'.

Ini bukan novel cinta jiwang tetapi novel ini tetap mampu meruntun jiwa aku. Memang tak menyesal langsung membacanya. Malah, membawa aku berfikir tentang makna hidup yang sebenar.

Walaupun pertama kali aku membaca novel karya Hlovate ini, tapi aku sudah ‘jatuh cinta’ untuk membaca karya beliau yang lainnya. Terima kasih kepada adik aku yang meminjamkan aku novel ini dan beria-ria suruh aku baca. Aku bagi 4/5 bintang. Memang terbaik!





Baca lagi di...
  1. [Sinopsis] Novel Contengan Jalanan Bahagian I-Fend
  2. [Sinopsis] Novel Contengan jalanan Bahagian II- K2
  3. Petikan kata-kata menarik dalam novel Contengan Jalanan


Selamat membaca.

Related Posts with Thumbnails