Saturday, February 12, 2011

Handphone hilang?

Assalamualaikum w.b.t. Agak lama tak update blog ni. Blogwalking lagi la lama tak buat. Hurm, busy sikit la. (Actually, malas pun ada!). InsyaAllah, nanti aku akan usahakan juga membalas kunjungan korang semua. Ok! Sebenarnya hari ni aku terfikir nak kongsikan sesuatu tentang keselamatan atau dalam bahasa omputihnya, security. Sebelum tu aku nak tanya, pernah tak korang alami situasi handphone anda hilang atau dicuri? Dah cari di merata tempat, tapi masih tak jumpa?  Buntu dan akhirnya bertindak beli handphone baru? 


Ya. Handphone memang suatu keperluan dan kepentingan. Ada orang sampai mencarut, " **** betulah la sape yang ambek fon aku ni!". Ada juga yang cakap, "Aku tak halalkan **** yang ambil fon aku! Aku tuntut kat akhirat nanti!". Macam-macam gaya la bila dah marah kan. Tapi berbaloi ke hanya mencarut dan memaki orang yang ambil telefon tu? Walaupun memang diri sendiri yang cuai atau careless, tapi tetap tak puas hati dan sedih kan! Ok. Ada satu cara nak buat orang yang curi handphone tu kecewa dan rasa menyesal curi. Nak tahu? Bacalah lagi :) 


Pernah dengar tak tentang IMEI (International Mobile Equipment Identity)? Bagi yang tahu baguslah. Bagi yang belum tahu, anda patut tahu. Apa sebenarnya IMEI ni? Ok. IMEI sebenarnya adalah himpunan 15 atau 17 nombor yang mana berbeza bagi setiap telefon bimbit (mobile phone a.k.a handphone). Senang cakap macam cap jari (fingerprint) kita la, setiap orang berbeza kan. So, handphone pun ada 'cap jari' atau kod rahsia dia. Kod ini boleh digunakan untuk mengenalpasti sesuatu mobile station dengan GSM atau UMTS network (GSM ni sistem yang 2G. Kalau UMTS pulak teknologi 3G. Tapi dah nak dibangunkan jadi 4G. Nantilah kalau rajin aku cerita pasal benda ni pulak. Sekarang fokus pada IMEI. Okei!). 

Nak dijadikan cerita, nombor IMEI ni mempunyai fungi yang penting iaitu sebagai identiti bagi setiap handphone yang digunakan dalam mobile network. IMEI ni berguna untuk menghalang handphone yang telah dicuri daripada mengakses sesuatu network dan daripada membuat panggilan. Tak faham? Ok. Macam ni la. Kalau handphone korang dicuri, korang boleh call pembekal rangkaian telefon (mobile network provider) dan minta diaorang 'disable'kan handphone tu dengan menggunakan nombor IMEI ni. Secara ringkas, handphone tu boleh di'block' terus daripada network! Walaupun tukar sim card lain, handphone tu tetap di'banned'. Memang menyedihkan sebab handphone tu memang dah tak boleh digunakan lagi. Kecewa tak? Biarlah orang yang curi tu kecewa! Siapa suruh curi kan? Tak tahu dosa ke?

Tapi macam mana nak tahu nombor IMEI setiap handphone kita? Bagi yang belum tahu, nombor IMEI ni ada dalam handphone dan bukan pada sim card. Caranya mudah je, korang boleh belek-belek handphone masing-masing, dekat tempat bateri tu. Tak jumpa? Jangan risau, ada cara lebih mudah iaitu dial je *#60#. Ada jugak cakap kalau handphone Sony Ericsson boleh buat macam ni: tekan key right, *, left, left, *, left, *, left. Aku pulak pakai handphone Nokia je, so aku just taip *#60# je. Lagi cepat. Ha, dah dapat belum? Kalau dah nampak nombor tu, baik korang catat dan simpan baik-baik. Ini rahsia korang. Bukan apa, takut kalau nombor tu jatuh ke tangan orang yang tak bertanggungjawab, nanti tak pasal-pasal dia buat khianat, pergi 'block' atau 'banned' phone korang. Sebab tu jangan mudah sangat bagi orang pinjam handphone korang melainkan kalau dia pinjam tu memang depan mata korang. 


Nombor IMEI ni tak ada kaitan dengan orang perseorangan atau sebarang organisasi, sebaliknya hanyalah ibarat 'nombor kad pengenalan' kepada handphone. Diingatkan, nombor ni bukan untuk main-main. Sekali dah 'block', memang dah 'blacklisted'. Nombor-nombor lain macam ESN (Electronic Serial Numbers) dan MEID (Mobile Equipment Identifiers) baru boleh 'link"kan seseorang dengan handphone. Contohnya, kalau melalui nombor IMSI (International Mobile Subsciber Identity), network provider tu boleh kenalpasti penggunanya. IMSI ni biasanya terdiri daripada 15 nombor dan ia juga berkait dengan GSM dan UMTS network. 

Ok. Sambung balik. Tadi aku cakap nombor IMEI ni ada 15 atau 17 urutan nombor kan. Format dia macam ni: AA-BBBBBB-CCCCCC-D/EE. Semua ni ada maksudnya yang tersendiri:

     AA: These two digits are for the Reporting Body Identifier, indicating the GSMA approved group that allocated the TAC (Type Allocation Code).
     BBBBBB: The remainder of the TAC
     CCCCCC: Serial sequence of the Model
     D: Luhn check digit of the entire model or 0 (This is an algorithm that validates the ID number)


Biasanya AA-BBBBBB ni ialah TAC (Type Allocation Number), -CCCCCC pula adalah serial number dan D atau EE ialah SVN (Sofware Version Number). Kalau diikutkan, memang panjanglah kalau nak cerita pasal nombor IMEI ni. Tapi rasanya cukuplah sampai sini je. Yang penting, nombor IMEI ni perlu diingat atau disimpan dengan baik. Andai kata handphone korang dicuri, bolehlah bertindak. Tapi ingat, pastikan korang yakin betul-betul yang handphone tu memang telah dicuri. Takut nanti bila korang dah block, tapi tetiba terjumpa balik pulak handphone tu. Dah la handphone korang mahal harga ribu riban kan. Bila dah 'block' memang tak boleh guna dah. Adei



Apapun, ni hanyalah cadangan dan sebagai langkah berjaga-jaga. Hati-hatilah. Kalau korang rasa korang memang cermat dan yakin giler handphone korang takkan hilang, korang boleh abaikan entri ini. No hal.



15 comments:

gdiamy1 said...

menarik..olahan yg sempurna....thanks for sharing...

Black Winter said...

sama-sama. ini hanyalah perkongsian berpandukan sumber :)

Luth Textile said...

nice..

Black Winter said...

tq :)

NurQalbi said...

boleh cuba untuk hp akan datang nih..hehe
good info la:)

Black Winter said...

Hehe... y penting, beringat sblm terkena :)

lizz said...

bagus artikel ni!!!! tak pernah tahu secara details pun sampai macam ni.

Black Winter said...

yeke? terima kasih :)

misz tombam said...

oooo.. bru kutahu.. hihi

Black Winter said...

hehe...

Anonymous said...

maaf, nak tanya..pembekal rangkaian telefon (mobile network provider) tu maksud dia siapa ekk? tempat kita beli telefon tu ke atau macam pejabat maxis, digi, celcom? terima kasih.

Black Winter said...

Klau ikut pemahaman saya, yup, maxis, digi, celcom tu la. Sebab mereke yg sediakn mobile network atau rangkaian telefon. kita guna line telefon mereka. Boleh call mereka untuk bertanya. Klu pembekal telefon, mcm mne nk block tetibe kn.

Keabadian Cinte said...

camne nak dapatkan kol number tok blok fon tuh sbb nset udah di curi nih..bio padan mke org tuh xleh pkai..plez inform pm me at anis88_bucuk@yahoo.com

Anonymous said...

Saya sendiri telefon dah kena curi. Buat report pada pembekal perkhidmatan. Mereka sendiri tak boleh buat apa. Sebab Malaysia takada sistem blocking ni. Cuma Iphone 5 je boleh tp dekat Singapore. Cuma boleh block no pada hp yg kena curi lepastu renew sim sahaja. Harap maklum. Kecewa gila sekarang ni :(

erin said...

mmg lah no. IMEI tu saya simpan, tapi nak block tu report ke sape? celcom / maxis? masalahnya pencuri tu dah buang simcard saya, dia pakai simcard dia sendiri. caner nak buat...

Related Posts with Thumbnails